Saidina Ali pernah berkata "Ajarlah anakmu mengikut zamannya."

BMM 3105 PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Sunday, January 13, 2013

Tajuk 1 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu



Hasil Pembelajaran;
  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.
1.1  Menggunakan laman web, video, audio, dan imej

      1.1.1  Menggunakan laman web

  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. 
  • Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan.
  • Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
  • Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
  • Kebiasaannya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Antara enjin pencari:-

1) www.google.com


2) www.yahoo.com.my



3) www.msn.com





5) www.bing.com


  • Dengan menggunakan enjin-enjin pencari seperti di atas, anda boleh mendapatkan bahan yang dikehendaki. Bagaimana caranya? Cuma 
    taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan 
    kemudian klik pada Web search. Cukup mudah.
  • Untuk mendapatkan bahan video pula, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Lihat contoh di bawah ;


  • Selain itu, bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com. Lihat contoh di bawah.


  • Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.
  • Sebagai tambahan, bagi anda yang hendak menukar video youtube ke dalam bentuk mp3. Anda boleh menggunakan aplikasi tersebut di laman web www.youtube-mp3.org/. Cukup mudah. Anda cuma perlu meletakkan YouTube URL di ruang yang disediakan, kemudian klik convert. Insyaallah hanya memerlukan beberapa minit sahaja dan yang paling bagus, ia adalah PERCUMA!  


1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

  • Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :


    • Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.






        • Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
        • Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.



        1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.

        1.3.1  Alamat Internet

           LANGKAH-LANGKAH

        1. Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang    berkenaan terlebih dahulu. 
        2. Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
        Langkah 1 dan 2


        3. Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail
            yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang
            berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.





        Langkah 3


          4. Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat  berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya.

        Langkah 4

        • Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet.
        Alamat internet :

        1) Kata Adjektif

        2) Kata Kerja

        3) Kata Arah

        4) Kata Sendi


        1.3.2 Katalog Alamat Internet.

        • Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
        • Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:



        • Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

        Katalog Alamat Internet


        No comments:

        Post a Comment