Saidina Ali pernah berkata "Ajarlah anakmu mengikut zamannya."

BMM 3105 PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Sunday, January 27, 2013

Tajuk 4 : Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Hasil Pembelajaran :-
 Memilih bahan sastera
 Memilih bahan tatabahasa
 Memilih bahan bidang ilmu lain

PENGENALAN


• Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku 
teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran.


• Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan dan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.



• Pemilihan bahan pengajaran Bahasa Melayu haruslah bersesuaian untuk menwujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.



Pemilihan bahan pembelajaran Bahasa Melayu merangkumi bidang berikut:-



Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain.Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:




Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik



Pemilihan bahan sastera perlu mengambil kira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:



Memilih Bahan Tatabahasa

Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.

Jenis-jenis bahan tatabahasa
Senarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
  1. Kata Nama
  2. Kata Kerja
  3. Kata Tugas
  4. Kata Sendi Nama
  5. Peribahasa
  6. Simpulan Bahasa
*Antara laman web yang sesuai untuk rujukan tatabahasa, klik di sini .

Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain

Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

Jenis bidang ilmu lain
  1. Ilmu Agama
  2. Ilmu Sains
  3. Ilmu Matematik


No comments:

Post a Comment