Saidina Ali pernah berkata "Ajarlah anakmu mengikut zamannya."

BMM 3105 PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Wednesday, January 30, 2013

Tajuk 5 - Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Hasil Pembelajaran :-
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.


Pengenalan

Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja.



Kepentingan membina laman web

Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:

i. Memaparkan idea

• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.


ii. Meningkatkan kebolehan diri

• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet


iii. Komunikasi maya

• Boleh menjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama


iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna


Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.

Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran:







*Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu HTML, boleh dapatkan maklumat di wikipedia ini.


Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.


Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.


Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah  :

Garis Panduan Pembinaan Tapak





BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik

Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.

3
Font atau muka taip

  • Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
  • Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
  • Font yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
  • Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:


          - Ketebalan
          - Italic
          - Bergaris
          - Warna dan saiz fon berlainan.
          - Huruf berkedip : sesuai untuk    
            tarik perhatian pembaca pada                
            sesuatu tempat.

Ikon

Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)


Pautan hyperteks

  • Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
  • Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan.



Format gambar

  • Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:


           - JPEG (* .jpeg)
           - GIF (* .gif)
  • Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
  • Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.

Format fail gambar

Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.

Animasi

  • Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
  • Animasi multimedia lebih kompleks
  • Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
  • Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.





No comments:

Post a Comment