BMM 3105 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Saidina Ali pernah berkata "Ajarlah anakmu mengikut zamannya."

BMM 3105 PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Wednesday, January 30, 2013

Tajuk 5 - Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Hasil Pembelajaran :-
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.


Pengenalan

Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja.



Kepentingan membina laman web

Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:

i. Memaparkan idea

• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.


ii. Meningkatkan kebolehan diri

• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet


iii. Komunikasi maya

• Boleh menjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama


iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna


Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.

Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran:







*Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu HTML, boleh dapatkan maklumat di wikipedia ini.


Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.


Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.


Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah  :

Garis Panduan Pembinaan Tapak





BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik

Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.

3
Font atau muka taip

  • Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
  • Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
  • Font yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
  • Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:


          - Ketebalan
          - Italic
          - Bergaris
          - Warna dan saiz fon berlainan.
          - Huruf berkedip : sesuai untuk    
            tarik perhatian pembaca pada                
            sesuatu tempat.

Ikon

Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)


Pautan hyperteks

  • Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
  • Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan.



Format gambar

  • Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:


           - JPEG (* .jpeg)
           - GIF (* .gif)
  • Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
  • Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.

Format fail gambar

Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.

Animasi

  • Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
  • Animasi multimedia lebih kompleks
  • Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
  • Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.





Sunday, January 27, 2013

Tajuk-tajuk Nota


Tajuk 1 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu









Kata-kata Mutiara






Galeria





Kata orang saat2 terbaik tak selalu hadir. Namun, bila ia hadir. Alangkah indahnya jika bisa dirakam. Bersama menelusuri cerita di sebalik foto-foto terbaik warga I.M.B.A.M (Ikatan Mahasiswa Bahasa Melayu) bermula 2010 sehingga yang terkini.


Jun 2010 (PPISMP Semester 1)


Mac 2011 (PPISMP Semester 2)




Julai 2011 (PPISMP Semester 3)



Mac 2012 (PISMP Semester 1)



April 2012 (PISMP Semester 1)




Jun 2012 (PISMP Semester 2) ~ Pertandingan Pantun 

Julai 2012 (PIMSP Semester 2) ~
Bina Insan Guru di Masjid 

Oktober 2012 (PISMP Semester 2) ~
Pengelola Pertandingan Debat Kepenggunaan




Selamat Datang


Selamat Datang Ke Blog Saya. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua

Tajuk 4 : Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Hasil Pembelajaran :-
 Memilih bahan sastera
 Memilih bahan tatabahasa
 Memilih bahan bidang ilmu lain

PENGENALAN


• Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku 
teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran.


• Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan dan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.



• Pemilihan bahan pengajaran Bahasa Melayu haruslah bersesuaian untuk menwujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.



Pemilihan bahan pembelajaran Bahasa Melayu merangkumi bidang berikut:-



Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain.Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:




Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik



Pemilihan bahan sastera perlu mengambil kira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:



Memilih Bahan Tatabahasa

Bahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.

Jenis-jenis bahan tatabahasa
Senarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasa
  1. Kata Nama
  2. Kata Kerja
  3. Kata Tugas
  4. Kata Sendi Nama
  5. Peribahasa
  6. Simpulan Bahasa
*Antara laman web yang sesuai untuk rujukan tatabahasa, klik di sini .

Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain

Merujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

Jenis bidang ilmu lain
  1. Ilmu Agama
  2. Ilmu Sains
  3. Ilmu Matematik


Sunday, January 20, 2013

Tajuk 3- Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet


Hasil Pembelajaran;

  • 3.1 Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
  • 3.2 Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint
3.1 Etika Komputer

  •             Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
·         Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat 

    Masalah Etika dan Moral

   Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering   berlaku iaitu:-

  

1) Penggertak (hacker)

2) Penyalahgunaan internet 
   

3) Virus

4) Hak cipta Terpelihara (copyright)




  5)  Perisian Cetak Rompak (pirate)

3.2  Panduan Etika Komputer

• Keseimbangan
• keizinan termaklum
• keadilan
• Meminimumkan risiko


PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

Cara Membuat Brosur Menggunakan Microsoft Publisher
1. Bukakan Microsoft Publisher.


2. Setelah applikasi sudah dibuka, skrin akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.



3. Langkah seterusnya pilih reka bentuk yang anda minat 
(mengikut kesesuaian risalah).Contoh reka bentuk yang dipilih ialah Bubble.


4. Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak 

diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang

anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat.


5. Setelah itu masukkan butiran seperti:
  • Tajuk program yang akan diadakan
  • Nama penaja
  • Tarikh dan hari program akan diadakan
  • Aktiviti yang akan dijalankan 
  • Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan

      

  6. Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda


Ini adalah contoh risalah (brochure) yang 

saya telah siapkan. Risalah ini tentang 

Etika Penggunaan Internet untuk edaran

murid sekolah.


Muka Depan Risalah Etika Penggunaan Internet
Bahagian Dalam Risalah Etika Penggunaan Internet